Kepada semua waris dan juga murid yang ingin membayar yuran PIBG atau membeli keperluan sekolah, anda boleh berurusan terus dengan guru kelas anak-anak anda. Untuk pembelian lencana, baju sukan dan track sukan anda boleh berurusan dengan PK Kokurikulum kami iaitu Encik Chiah Suphon di pejabat pentadbiran sekolah.