skdh slideshow

Sk Darulaman Heights, Jitra Kedah Slideshow: Skdhjitra.blogspot’s trip to Jitra, Kedah (near Alor Setar), Kedah, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Alor Setar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Maulidur Rasul 1433/2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012 Slideshow: SK’s trip to Jitra (near Alor Setar), Kedah, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Alor Setar slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Sejarah



SKDH  terletak dalam kawasan perumahan Taman Tunku Sarina, iaitu di Lot 2850, Mukim Pelubang, Bandar  Darulaman, Jitra, Kedah. Keluasan sekolah ini adalah 9 ekar bersamaan 36421 m². Pembinaan sekolah ini menelan belanja sehingga RM14.6 juta.
Bermula pada tarikh 19 Jun 2011 dan seramai 32 orang guru termasuk pihak pentadbir yang terdiri daripada 13 orang guru lelaki dan 19 orang guru perempuan serta 2 orang staf telah ditempatkan di sini. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A,B,C dan D.
Blok A menempatkan pejabat dan bilik khas seperti bilik pengawas, bilik  s/u peperiksaan, bilik pergigian, pusat sumber sekolah, bilik guru, bilik rawatan dan bilik SPBT.
Blok B pula terdapat 20 buah bilik-bilik darjah iaitu 15 bilik darjah biasa dan 5 buah bilik darjah yang boleh dijadikan dewan tertutup.
Blok C terdiri daripada bilik jQaf, SAC, 3 buah bilik sains, sebuah bilik KH, surau dan dewan terbuka.
Manakala di blok D, menempatkan bilik muzik, makmal komputer, stor sukan, bilik seni, bilik ko-kurikulum, 10 buah bilik darjah dan kedai buku. Bangunan kantin dan pra sekolah terletak di bangunan berasingan. Umumnya, murid sekolah ini adalah dari sekitar Taman Tunku Sarina, Darulaman Height, Suasana Indah, Suasana Permai, Malau, Kelubi, Taman Mahsuri, Taman Damai dan sebilangan kecilnya dari sekitar Jitra.