skdh slideshow
Sk Darulaman Heights, Jitra Kedah Slideshow: Skdhjitra.blogspot’s trip to Jitra, Kedah (near Alor Setar), Kedah, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Alor Setar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Maulidur Rasul 1433/2012
Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012 Slideshow: SK’s trip to Jitra (near Alor Setar), Kedah, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Alor Setar slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
Sunday, 31 March 2013
Sunday, 22 July 2012
Ujian Percubaan UPSR 2011
Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak didik Sk Darulaman Heights yang menduduki Ujian Percubaan UPSR 2012 yang bermula hari ini. Semoga kejayaan mengiringi anak-anak didik kami ini.
Tuesday, 12 June 2012
HAPPY BIRTHDAY SKDH
SKDH akan menyambut Ulangtahun pembukaanya yang pertama pada 26 Jun 2012. SKDH akan
menyambut ulangtahun ini dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid dan guru. Jika guru-guru, para waris dan murid-murid SKDH mempunyai sebarang idea untuk aktiviti sepanjang hari sambutan tersebut boleh lah berkongsi dengan kami dengan memberi komen di entry ini atau email kepada skdhjitra@gmail.com... terima kasih
menyambut ulangtahun ini dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid dan guru. Jika guru-guru, para waris dan murid-murid SKDH mempunyai sebarang idea untuk aktiviti sepanjang hari sambutan tersebut boleh lah berkongsi dengan kami dengan memberi komen di entry ini atau email kepada skdhjitra@gmail.com... terima kasih
Dah lama tak update...
Setelah hampir 2 bulan tak update blog ni terasa bersalah pulak kpd murid-murid dan sesiapa yang menjengah... maaf lah ye...
Untuk makluman semua SKDH sentiasa sibuk dengan aktiviti saban hari. Semua murid di sini sentiasa
aktif dan terlibat sepenuhnya dengan aktiviti yang telah dirancang. Dalam update seterusnya nanti
akan di 'upload' kan (boleh terima ke??) gambar2 sepanjang bulan April dan Mei.....
Untuk makluman semua SKDH sentiasa sibuk dengan aktiviti saban hari. Semua murid di sini sentiasa
aktif dan terlibat sepenuhnya dengan aktiviti yang telah dirancang. Dalam update seterusnya nanti
akan di 'upload' kan (boleh terima ke??) gambar2 sepanjang bulan April dan Mei.....
Thursday, 22 March 2012
Doakan kesihatan mereka..
Minggu ini 2 murid SKDH telah dimasukkan ke hospital. Ahmad Amirul Haiqal dari 6 Excellent dijangkiti kuman di paru-paru. Dia telah berada di Hospital Sultanah Bahiyah selama 4 hari. Dia dibenarkan pulang pada 21 Mac 2012.
Seorang lagi murid SKDH, Mohd Nabil Nazhan 1 Excellent telah dimasukkan ke Hospital Jitra pada 21 Mac 2012. Setakat hari ini Doktor masih tidak dapat memberi punca penyakit yang dihidapi oleh Mohd Nabil Nazhan. Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua mereka lekas sembuh.
Seorang lagi murid SKDH, Mohd Nabil Nazhan 1 Excellent telah dimasukkan ke Hospital Jitra pada 21 Mac 2012. Setakat hari ini Doktor masih tidak dapat memberi punca penyakit yang dihidapi oleh Mohd Nabil Nazhan. Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua mereka lekas sembuh.
Thursday, 8 March 2012
KEM GERAK GEMILANG UPSR DAN MOTIVASI WARIS
KEM GERAK GEMILANG 2012
9 Mac 2012
Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik dan B. Inggeris
10 Mac 2012
Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Melayu dan Sains
Motivasi waris
Wednesday, 29 February 2012
AMAZING HEART, MIND AND SOUL
Guru Besar memberikan taklimat.
Murid-murid mencuba membuat origami bunga tulip
Antara kumpulan yang sedang menyiapkan tugasan mereka di SAC
antara origami yang berjaya di hasilkan
Tuesday, 21 February 2012
Tuesday, 14 February 2012
SKDH dalam KOSMO
Perarakan Maulidur Rasul meriah

SEBAHAGIAN murid dan guru SK Darulaman Heights, Jitra yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Jitra baru-baru ini.
SELAWAT. Kira-kira 600 murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Heights, Jitra, Kedah menyertai majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di sekolah itu baru-baru ini.
Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu merupakan program pertama anjuran sekolah tersebut sejak dibuka pada Jun tahun lalu.
Berapa acara lain turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti pertandingan nasyid, bercerita kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W. dan pertandingan sepanduk.
Pada majlis itu, pihak sekolah menerima sumbangan seekor kambing daripada salah seorang waris murid sekolah tersebut untuk jamuan kenduri sempena sambutan berkenaan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm
Monday, 13 February 2012
Lawatan Pensyarah IPDA bertemu pelatih
Cikgu Zurawita dan Cikgu Zakiah bersama Puan Norlida, pensyarah IPDA
Cikgu Chiah bertemu dengan kawan lamanyaTuan Haji Fadzillah. Cikgu Najiyah dan Cikgu Khuzairi
membawa fail-fail yang perlu disemak oleh Puan Norlida.
membawa fail-fail yang perlu disemak oleh Puan Norlida.
Sesi perbincangan antara pensyarah, guru pembimbing dan guru-guru pelatih
Nyanyian 3 Bahasa
2 orang murid telah menunjukkan bakat mereka menyanyikan lagu dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina semasa perhimpunan rasmi hari Ahad 12 Februari 2012
Friday, 10 February 2012
DISIPLIN TERAS KEJAYAAN
Disiplin teras kejayaan ialah rangkuman konsep yang menyatakan suatu sistem tatacara
mengurus diri yang betul pasti menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan dan tindakan
kita. Oleh itu, disiplin menjadi jurupandu untuk seseorang memperoleh kejayaan
dalam mencapai sesuatu sama ada belajar, bekerja dan melunaskan rutin harian kita. Pesan
orang tua-tua yang berbunyi, “Mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok,
dan kata berpangkal” jelas menunjukkan bahawa segala-galanya perlu melalui suatu
proses dan sistem yang betul untuk meraih kejayaan kerana yang bulat tak datang
bergolek, yang pipih tak datang melayang.
Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan kejayaan
Sejarah telah menjadi sumber rujukan yang paling penting kepada kita akan kejayaan
tokoh-tokoh yang terkemuka. Kejayaan yang telah dikecapi oleh mereka adalah dengan
berkat disiplin yang tinggi. Sama ada dalam bidang keilmuan atau kerjaya semuanya
memerlukan disiplin. Lihatlah betapa sengsaranya Thomas Alva Edison dalam
usahanya untuk menyumbangkan cahaya kepada alam sejagat. Beliau memerlukan
ketelitian dan disiplin yang amat tinggi. Begitulah tokoh-tokoh dalam bidang
keilmuan seperti Socrates, Plato, Aristotle, Imam Al Ghazali, Imam Shafie dan sebagainya.
Mereka bangkit sebagai personaliti dunia yang menyemarakkan budaya ilmu melalui
disiplin yang tinggi. Jadi, jelaslah bahawa disiplin yang tinggi akan memberikan peluang
kepada setiap individu untuk mencapai kejayaan yang diingini tanpa rasa mustahil.
Ketika sedang mendaki tangga kejayaan, ingatlah tiada tonik lain yang lebih mujarab
yang boleh membantu kita mencapai matlamat. Tanpa disiplin hasrat kita akan terbantut,
urusan kita tidak langsai, justeru impian kita akan berkecai. Kita akan kecundang di
tengah-tengah medan perjuangan. Kita perlu bermuhasabah diri untuk memilih
segala-gala yang baik dengan mengetepikan perkara-perkara yang dangkal. Uruslah
diri kita dengan merancang masa dengan bijak dan mengurus personel yang baik. Kita
perlu memiliki hala tuju yang betul, cita-cita yang jelas, dan sanggup menterjemahkan
matlamat hidup dalam perancangan yang teliti. Dengan sumber ini, kita pasti berjaya.
Ingatlah, untuk berjaya kita mesti merancang sistem belajar yang betul, memiliki
Ingatlah, untuk berjaya kita mesti merancang sistem belajar yang betul, memiliki
rutin harian yang terancang, dan sentiasa meletakkan perkara-perkara yang positif
sebagai keutamaan. Bayangkanlah! Tanpa disiplin, berapa banyakkah masa yang
dibazirkan untuk menekan butang telefon semata-mata berceloteh dalam sistem
pesanan ringkas (SMS)? Tanpa disiplin, berapakah lama masa yang berlalu dengan
hanya asyik berserakah dengan rakan-rakan? Tanpa disiplin, kita disesatkan
dek terlalu kemaruk melayari laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan My Space.
Sumber yang pada asalnya boleh membawa natijah positif, malangnya terbalik
kerana ketiadaan disiplin. Semakin lama kita melayani perkara-perkara yang
membazir, justeru semakin jauhlah kita dihanyutkan oleh ilusi tanpa realiti. Kita telah
membazir masa dan usia, bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu.
Sesungguhnya, disiplin diri yang tinggi tidak akan mensia-siakan masa kita
dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana masa itu emas seperti maksud
yang terkandung dalam firman Allah S.W.T. dalam surah al-Asr.
Peribahasa menyatakan bahawa meminta pada yang ada, bertanya pada
Peribahasa menyatakan bahawa meminta pada yang ada, bertanya pada
yang tahu dantuah jangan ditolak, rezeki harus dituntut. Masa dan
peluang harus kita kejar. Demi menjadi insan yang berguna pada masa depan, uruslah
disiplin dengan cara yang terbaik. Rujukan kita mestilah kepada tokoh-tokoh
yang telah berjaya. Merekalah yang sepatutnya menjadi idola kita. Gerak dan langkah
mereka, cara mereka berfikir dan cara mereka merancang hidup hendaklah
dijadikan panduan. Mereka yang telah berjaya mungkin para pemimpin, para guru, malah
rakan-rakan kita. Kita wajar memiliki perasaan cemburu terhadap kejayaan orang lain
demi menyaingi mereka secara sihat. Persaingan yang positif pasti akan membuahkan
hasil yang positif dalam memburu kejayaan.
Setelah kita menyediakan strategi memburu kejayaan secara terancang, kita juga perlu
berhati-hati kerana dalam setiap masa dan apa-apa keadaan pun pelbagai dugaan boleh
mengancam konsentrasi. Oleh itu, jauhilah parasit dan pengaruh yang boleh merosakkan
diri. Orang-orang yang tidak berdisiplin sentiasa berdamping dengan program-program
yang tidak berfaedah. Berwaspadalah terhadap pengaruh hiburan yang berlebih-lebihan.
Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak mempunyai maltlamat dan hilang jati diri.
Elakkan diri terjebak dengan kegiatan negatif seperti melepak, berpelesiran, lumba haram
dan seribu satu macam lagi angkara antimoral yang sedang menunggu untuk
menjeratkan kita. Semuanya akan tercapai sekiranya kita memiliki disiplin diri yang teguh.
Sesungguhnya peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis benar-benar
Sesungguhnya peribahasa ingat sebelum kena, jimat sebelum habis benar-benar
mendidik kita untuk mendisiplinkan diri. Tanpa disiplin tiada sekelumit pun kejayaan
yang bakal diraih. Jikalau inginkan kejayaan, berpeganglah kepada falsafah,
'Disiplin Teras Kejayaan'. Semoga impian kita akan termakbul.
Credit To Cikgu Anelyza (anelyza.blogspot.com)
Thursday, 9 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































