skdh slideshow

Sk Darulaman Heights, Jitra Kedah Slideshow: Skdhjitra.blogspot’s trip to Jitra, Kedah (near Alor Setar), Kedah, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Alor Setar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Maulidur Rasul 1433/2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012 Slideshow: SK’s trip to Jitra (near Alor Setar), Kedah, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Alor Setar slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, 12 June 2012

HAPPY BIRTHDAY SKDH

SKDH akan menyambut Ulangtahun pembukaanya yang pertama pada 26 Jun 2012. SKDH akan
menyambut ulangtahun ini dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid dan guru. Jika guru-guru, para waris dan murid-murid SKDH mempunyai sebarang idea untuk aktiviti sepanjang hari sambutan tersebut boleh lah berkongsi dengan kami dengan memberi komen di entry ini atau email kepada skdhjitra@gmail.com... terima kasih

Dah lama tak update...

Setelah hampir 2 bulan tak update blog ni terasa bersalah pulak kpd murid-murid dan sesiapa yang menjengah... maaf lah ye...
Untuk makluman semua SKDH sentiasa sibuk dengan aktiviti saban hari. Semua murid di sini sentiasa
aktif dan terlibat sepenuhnya dengan aktiviti yang telah dirancang. Dalam update seterusnya nanti
akan di 'upload' kan (boleh terima ke??) gambar2 sepanjang bulan April dan Mei.....

Thursday, 22 March 2012

Doakan kesihatan mereka..

Minggu ini 2 murid SKDH telah dimasukkan ke hospital. Ahmad Amirul Haiqal dari 6 Excellent dijangkiti kuman di paru-paru. Dia telah berada di Hospital Sultanah Bahiyah selama 4 hari. Dia dibenarkan pulang pada 21 Mac 2012.
Seorang lagi murid SKDH, Mohd Nabil Nazhan 1 Excellent telah dimasukkan ke Hospital Jitra pada 21 Mac 2012. Setakat hari ini Doktor masih tidak dapat memberi punca penyakit yang dihidapi oleh Mohd Nabil Nazhan.  Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua mereka lekas sembuh.

Thursday, 8 March 2012

KEM GERAK GEMILANG UPSR DAN MOTIVASI WARIS


KEM GERAK GEMILANG 2012

9 Mac 2012 
Teknik Menjawab Soalan UPSR Matematik dan B. Inggeris

10 Mac 2012 
Teknik Menjawab Soalan UPSR Bahasa Melayu dan Sains
Motivasi waris

Wednesday, 29 February 2012

AMAZING HEART, MIND AND SOUL

 Guru Besar memberikan taklimat.




 Murid-murid mencuba membuat origami bunga tulip


 Antara kumpulan yang sedang menyiapkan tugasan mereka di SAC
antara origami yang berjaya di hasilkan 

Tuesday, 14 February 2012

SKDH dalam KOSMO

Perarakan Maulidur Rasul meriah



SEBAHAGIAN murid dan guru SK Darulaman Heights, Jitra yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di Jitra baru-baru ini.



SELAWAT. Kira-kira 600 murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Heights, Jitra, Kedah menyertai majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di sekolah itu baru-baru ini.
Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu merupakan program pertama anjuran sekolah tersebut sejak dibuka pada Jun tahun lalu.
Berapa acara lain turut diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut seperti pertandingan nasyid, bercerita kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W. dan pertandingan sepanduk.
Pada majlis itu, pihak sekolah menerima sumbangan seekor kambing daripada salah seorang waris murid sekolah tersebut untuk jamuan kenduri sempena sambutan berkenaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm