Minggu ini 2 murid SKDH telah dimasukkan ke hospital. Ahmad Amirul Haiqal dari 6 Excellent dijangkiti kuman di paru-paru. Dia telah berada di Hospital Sultanah Bahiyah selama 4 hari. Dia dibenarkan pulang pada 21 Mac 2012.
Seorang lagi murid SKDH, Mohd Nabil Nazhan 1 Excellent telah dimasukkan ke Hospital Jitra pada 21 Mac 2012. Setakat hari ini Doktor masih tidak dapat memberi punca penyakit yang dihidapi oleh Mohd Nabil Nazhan. Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua mereka lekas sembuh.